MASTERY ACADEMY OF CHINESE METAPHYSICS™
     | 
Follow Joey Follow Joey  |  BaZi Plotter BaZi Plotter  |  QMDJ Software QMDJ Software
Home Academy Education Online Course Home Study Seminars & Talks Online Store Student Center Resources Others
   Home 0 Academy 0 Media
  BROWSE
  About Us
 Founder
 Educational Philosophy
 Why Study At MA
 Instructors
 Career Center
 Photo Gallery
 Media
 Columns In Major Newspapers
 News & Events
 Corporate Talks
 Recent Classes
 Business Links
RAVE REVIEWS

Amazing subject. So much to learn in one day!

Jason Lee Shing Kwong , Singapore

Rave Reviews  More
NEWS AND EVENTS
MEDIA
NEW COLUMNS
PHOTO GALLERY
  Media


 
Kenali potensi anak
Source : Utusan Malaysia
Date : 2 Jun 2011
by Noor Fazrina Kamal

KENAPA ibu dan anak perlu bercanggah pendapat terutama dalam menentukan masa depan mereka? Mahu anak menjadi doktor, peguam, profesional yang tidak semestinya sama dengan kehendak anak itu sendiri.

Sudahnya ia mengundang satu perasaan ketidakpuasan hati dalam diri anak itu sendiri.

Sebab itulah seorang ibu atau bapa perlu mempunyai ilmu untuk mendidik anak terutama pada zaman yang serba mencabar ini.

Perunding motivasi terkenal U2 Kumar dari The Art of Learning & Leadership berkata, setiap ibu bapa harus mengenal potensi anak masing-masing.

"Setiap anak mempunyai kelebihan dan kelemahan, cuma kita sebagai ibu bapa tidak tahu apakah kepandaian anak dan apa yang patut digilap.

"Ibu bapa perlu tahu sifat anak dan mereka memerlukan komunikasi berkesan yang akan memberi kebaikan dalam segala aspek kehidupan terutama buat anak," ujarnya ketika ditemui di Mastery Academy, Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut U2 Kumar lagi, kalau mahukan anak menjadi manusia yang sempurna perlukan kemahiran dalam aspek keibubapaan.

"Kemahiran tersebut memang bukan ada pada semua ibu bapa, kemahiran menilai, memberi skil dan tunjuk ajar. Anak-anak adalah harta ibu bapa, siapa lagi yang boleh menolong anak melainkan ibu bapa mereka sendiri," jelasnya.

U2 Kumar tidak menafikan ramai ibu bapa berusaha keras untuk memahami anak masing-masing tetapi masih gagal mungkin kerana pendekatan yang mereka gunakan tidak sesuai dengan zaman ini.

"Ibu bapa merasakan yang mereka sudah begitu memahami anak-anak padahal tidak begitu kerana kita bercakap tentang apa yang mereka mahu dengar.

"Kalau kita silap, anak-anak akan mencari medium lain dan bahana yang diterima mungkin kita sendiri tidak mampu untuk membayangkannya.

"Seorang ibu bapa yang berjaya mendapatkan kepercayaan anak mereka ialah apabila si anak yang membuat salah boleh berhadapan dengan ibu bapa masing-masing," jelasnya.

Satu lagi dilema yang sering dihadapi oleh ibu bapa dan anak ialah apabila anak tidak mempunyai keyakinan diri dan tidak mampu membuat keputusan.

"Bayangkan apabila sudah berusia 18 tahun si anak masih tidak tahu apa bidang yang ingin diambil di peringkat universiti dan semua yang dilakukan mengikut kawan.

"Anak jadi begitu kerana cara didikan yang salah. Sepatutnya anak dilibatkan sejak kecil dalam urusan membuat keputusan, justeru mereka akan sedar bahawa mereka perlu memikirkan dan membuat keputusan untuk kehidupan mereka kelak," katanya.

Sementara itu, Jessie Lee, perunding kanan Kumpulan Perunding Joey Yap berkata, melihat karakter anak menerusi tarikh, tahun dan masa kelahiran adalah salah satu cara untuk menggilap potensi anak.

"Dengan cara itu maka ibu bapa tahu apa yang mahu dihalakan kepada anak dan tidak perlu membuang masa mencari apakah cara terbaik untuk masa depan anak," jelasnya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa yang mereka berdua maksudkan, ibu bapa dan anak dijemput menghadiri seminar Empowering Your Child's Future yang akan diadakan di Dewan Besar Manhattan, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, pada 5 Jun (Ahad) ini.

Untuk mendaftar boleh hubungi 03-22848080 atau layari laman web www.masteryacademy.com

Click here to view the review in full.
 

More media  More media
Tell a friend  Tell a friend



  Feng Shui Schools  |  Feng Shui Courses  |  Chinese Astrology  |  Face Reading  |  Terms  |  Privacy Policy  |  Site Map  |  Career  |  Contact  |  Refund Policy  
Copyright © 2003 - 2024 by Joey Yap Research International Sdn. Bhd. All rights reserved worldwide.